
Sinopsis:
Filem  yang diadaptasikan daripada  novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang  perjalanan cinta dua insan,  Izzah dan Hariz dari dua dunia yang  berbezadan mereka terpaksa menempuh  pelbagai rintangan sebelum menemui  kebahagiaan. Izzah adalah gadis  kampung yang telah dijual oleh bapa  saudaranya kepada sebuah kelab  hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur.  Seorang pemuda, Hariz anak Datuk  Sufiah, pemilik empayar perniagaan  SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli  Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk  dijadikan perempuan simpanan,  namun Izzah telah merayu Hariz supaya  menikahinya untuk menghalalkan  hubungan mereka.Hariz setuju dengan  syarat  Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas  itu,  hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah  yang  penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila,  kawan  zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila  yang  amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan  jalan  raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow  Hariz dan  merampas telefon bimbit Izzah. Setelah keluar  dari hospital,  Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani  hubungan  dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah  bahawa dia  akan   digantung tidak bertali semasa terserempak dengan  Izzah di  rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian  kembali  ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah   memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan   kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu   Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat  rindukan  Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya  kembali  kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai  dari  Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup  bahagia  tanpa rahsia lagi. 
Download Link:
[Megaupload Link]
[Fileserve Link]
[Filesonic Link]
[Mediafire Link Part1] | [Mediafire Link Part2]
 
0 comments:
Post a Comment